Tahun-tahun antara perang HMS_Repulse_(1916)

Kelasinya mengangap ia sebagai kapal yang sering memerlukan pembaik pulih, di digelar nama gelaran Baiki - HMS Repair. Kapal sejenisnya, Renown, digelar Pulih - HMS Refit. Pembinaan semula Repulse' berlaku antara 1918 hingga 1920. Unsur utama pembinaan semula itu adalah menggantikan lereng perisai 6 inci (152 mm) dengan 9 inci (229 mm) dan tambahan seksyen 6 inci (152 mm) di atasnya sebagai tambahan kekawasan yang tidak berperisai sebelumnya. Bersama dengan gelembung anti-torpedo dipertingkat ini bererti tambahan perisai sebanyak 4,300 tan. Tiub pelancar torpedo bawah airnya dialih dari bawah ke atas geladak.

Repulse sebagaimana pada 1919

Pada 1924-1925, campuran meriam dongakan rendah 4 inci (102 mm) dan dongakan tinggi 3 inci (76 mm) ditukar kepada meriam dongakan tinggi 4 inci (102 mm). Juga dimasukkan peningkatan kepada persenjataan anti-kapal terbang, dan kemudahan bagi pesawat pemerhati.

Peningkatan terakhir utama adalah antara 1933-1936 apabila ia dipasang lebih perisai dan meriam anti-pesawat tambahan (2 pdr meriam Pom-Pom (40 mm) dan 0.5 inci (12.7 mm) mesingan Vickers) dan lastik pesawat dengan dua hangar. Pada awalnya pesawat yang digunakan adalah pesawat terapung Blackburn Shark (digantikan pada 1939 dengan Fairey Swordfish dan sekali lagi pada 1941 dengan Supermarine Walrus). Selepas peningkatan ia pergi ke Mediterranean, menyertai tugas Rondaan Berkecuali Sepanyol. Pada Julai 1938 ia hadir di Haifa, semasa kebangkitan Palestinian semasa musim panas itu. John Henry Godfrey merupakan Kaptennya sehingga di dilantik sebagai Direktor Perisikan Tentera laut pada 1939.